Final Malaysia VS Indonesia Sukan SEA 2011

on Saturday, November 19, 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


Adakah benar Perlawanan Akhir acara bola sepak Sukan SEA 2011 akan menemukan skuad Harimau Muda dan juga skuad Garuda Muda? Emm, itu semua tak boleh nak dipastikan tapi kalau diikutkan rekod di atas kertas, Final Malaysia VS Indonesia Sukan SEA 2011 tidak mustahil akan berlaku.


Final Malaysia VS Indonesia di Sukan SEA 2011 macam dah berlaku je beberapa hari yang lalu. Yup, masa tu pasukan negara kita menentang pasukan negara Indonesia dalam peringkat kumpulan sahaja tetapi suasana nya amatlah mendebarkan macam perlawanan akhir je.

Malam Malaysia VS Indonesia tu aku dan member yang lain keluar pergi kedai makan semata-mata nak menyaksikan perlawanan Epic tersebut. Walaupun perlawanan dalam peringkat kumpulan je, aku tengok ramai juga orang yang datang untuk menonton perlawanan pada malam tu. Betul-betul macam Final Malaysia VS Indonesia lah pulak.

Sebelum ni aku pernah ulas mengenai kenapa kita kalah ketika menentang Singapura, kali ni aku nak bagi sendikit komen dan pendapat aku mengenai perlawanan Final-to-be: Malaysia VS Indonesia pulak. Hope korang dapat berikan komen korang juga ye. Kita tukar-tukar pendapat oke,setuju?

MALAYSIA VS INDONESIA SUKAN SEA 2011

1.Skuad Negara bermula baik dan garang
Part ni memang best, aku nampak kesungguhan pemain kita mengejar bola dan cuba mengekalkannya di kaki, serta melakukan beberapa percubaan ke gawang lawan (tabik Baddrol Bakhtiar). Rasanya kalau prestasi macam ni ditunjukkan dalam perlawanan sebelum-sebelum ni, mungkin kita boleh jadi juara kumpulan.

2.Mencari gol awal dalam permainan
Gol dalam minit-minit pertama perlawanan memang sangat penting. Melalui jaringan awal Malaysia menerusi Shahrul Azwari, skuad Harimau Muda dapat mempertingkatkan motivasi untuk terus berjuang. Dan memaksa pasukan lawan bermain dalam keadaan yang tertekan.

3.Pertahanan yang masih goyah dan rapuh
Maybe tak seteruk dulu but still nampak sangat goyah. Nasib baik ada tonggak pertahanan yang mantap iaitu Muslim, kalau tak memang keadaan menjadi lebih tak terkawal lebih-lebih lagi sebab Indonesia memiliki penyerang yang bijak melakukan dribble dan finishing yang baik.

4.Penyerang Negara longlai dan tak rajin
Tak rajin? Err, malas maybe... Seriously banyak hantaran cantik yang gagal disudahkan dengan jaringan gol oleh penyerang harimau muda iaitu Izzaq. Dan dia telah berjaya menjadi pemain yang aku tak suka selepas Sharbinee Alawee. Bukan dalam game dengan Indonesia je dia bermasalah, boleh dikatakan dalam kesemua perlawanan dia melakukan "kesilapan" yang tak masuk akal. Takpe, boleh improve lagi tu.

Konklusinya, skuad Harimau Muda masih belum boleh mendabik dada walaupun selepas berjaya memenangi perlawanan Malaysia VS Indonesia Sukan SEA 2011 dalam peringkat kumpulan. Pemain kita yang boleh diharap hanya berapa kerat sahaja, yang lain nampak mamai lagi. Cuba korang tengok game lawan Kemboja, memang shit gila aku tengok diorang memandang rendah keupayaan pihak lawan. Pftttt~

Oke,aku malas nak ulas dengan lebih panjang lagi pasal Epic Final Malaysia VS Indonesia ni sebab nya aku sendiri pun bukannya pandai sangat mengawal bola. Tapi aku memang sangat mengharapkan negara kita muncul sebagai salah satu pasukan bola sepak yang disegani. Aku nak juga guna team Malaysia dalam game FIFA beb....Sekian terima kasih

KEEP ON SMILING:)


Ranking: 5

3 comments

Post a Comment

 
© Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog