Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
![]() |
| Gambar hiasan sumbangan Google |
Hari ni, 20112011 telah menjadi saksi akan kejayaan sebuah projek yang telah lama dirancang. Yup, begitu teliti sekali perancangan untuk melaksanakan projek ni dan Akhirnya Projek Mereka Berjaya Dilaksanakan pada 20.11.2011.
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar tadi. Projek Down To Earth di Taman Tasek Putra, Perak berjaya disudahkan tanpa sebarang masalah. Tak sia-sia berpenat merancang perjalanan projek ni, lebih-lebih lagi Head of Department yang terpaksa bertungkus lumus melakukan persiapan.
Down To Earth merupakan projek kerja lapangan subjek Islamic Study di Universiti Teknologi Petronas. Dan untuk fakulti Petroleum Engineering & Petroleum Geoscience, kami melakukan gotong-royong bersama penduduk di Taman Tasek Putra yang terletak berdekatan dengan kampus Universiti Teknologi Petronas.
![]() |
| Universiti Teknologi Petronas, Perak |
Memang penat. Tapi aku masih lagi mampu duk online kan, padahal orang lain terus je landing atas katil and tido. Plus time hujan camni kan, fuuu memang syok habis kot kalau tidur. Oh ya, apa yang aku buat time projek tu? Nampak macam penat sangat kan...
Kerja aku biasa-biasa je. Mula-mula aku diletakkan dalam kumpulan B iaitu kami perlu membersihkan kawasan sekitar dan longkang yang tersumbat. Untungnya hampir kesemua longkang kat kawasan tu memang dah bersih dan air pun laju je mengalir. So, terpaksa lah aku merayau-rayau tolong buat kerja yang lain pulak. Tapi lebih banyak duduk curi tulang kot, Hehehee...
Then, aku jadi pengerusi majlis penutup. Peh, berdebar jugak... Memang lah kan, aku bukannya biasa jadi Emcee ni. Kalau tak silap, ni merupakan kali ke-3 aku conduct majlis dengan jumlah hadirin melebihi 100 orang. Banyak kali kot aku tersasul tadi. Ahhh, biarkan. Timba pengalaman tu penting kan, bila dah biasa nanti aku dah takkan gugup lagi. Insyallah..
Oke, ni je cerita aku kali ni. Terima kasih sebab sudi baca ye. Hehehe..
p/s: minta tolong komen kat ENTRI BLACKBERRY ni boleh tak?
KEEP ON SMILING:)



2 comments
Post a Comment