Assalamualaikum si kacak dan si cantik semua,
Dalam entri Apa itu Catur Bistari aku dah ceritakan serba sedikit mengenai permainan ini dan untuk entri kali ni, aku nak share lah sikit ilmu aku mengenai Cara dan Skill main Catur Bistari gaya Pro. Aicehh,pro konon ;p
CARA DAN SKILL MAIN CATUR BISTARI GAYA PRO:
di laluan Makan Gaji:
- strategi aku yang paling berjaya ialah membeli kedai alat tulis. membeli kedai alat tulis pada harga yang rendah dan kemudian menjualnya pada harga yang lebih tinggi.
- [kedai alat tulis boleh dibeli pada harga serendah RM8000 dan boleh dijual pada harga RM40000]
- (risiko kedai alat tulis ialah ianya berkemungkinan terbakar dan anda kehilangan aset tersebut)
- -pembelian saham. antara saham-saham utama aku ialah saham kelapa sawit dan saham ayam goreng
- [saham kelapa sawit boleh dibeli pada harga serendah RM3/unit dan dijual pada harga RM9/unit, saham ayam goreng boleh dibeli pada harga serendah RM3/unit dan dijual pada harga RM8.5/unit.]
- (pemain yang membuka kad saham boleh meminta komisyen jualan, sebagai contoh kad saham kelapa sawit dijual pada harga RM3/unit, pemain yang membuka kad tersebut boleh membeli pada harga yang ditawarkan dan boleh menentukan komisyennya sendiri jika ada pemain lain yang ingin membeli.)
- -menjual saham kepada pemain lain
- [jika anda cukup bertuah untuk mendapat kad saham, anda boleh mendapt komisyen menjual saham kepada pemain lain. sebagai contoh, saham ayam goreng dijual pada harga RM3/unit, anda boleh meminta komisen RM1/unit dari pembeli]
- keep on playing!
- [walaupun anda dilanda masalah seperti perlu membayar ahlong RM800 sebulan, itu tidak menutup peluang anda untuk meneruskan permainan. mungkin ada peluang2 lain untuk anda maju ke laluan tijarah seperti pembelian saham dan aset-aset lain]
- segera naik ke laluan tijarah jika korang telah mengumpul RM30,000 termasuk aset di laluan makan gaji.
- [syarikat Tiram Travel menawarkan keuntungan paling besar, dengan modal RM30000 anda boleh mendapat aliran tunai sebanyak RM90000 setiap kali melalui petak aliran tunai masuk]
- (menjadi orang pertama ke laluan tijarah sangat mustahak kerana ia memberikan anda advantage untuk menguasai permainan)
di Laluan Tijarah
- bertukar ke syarikat yang lebih besar keuntungannya pada kadar segera
- [syarikat yang menawarkan keuntungan besar: Tiram Travel, kos RM30000, untung RM90000; Tepak Marketing,kos RM800000, untung RM184000; MetroParking, kos RM250000, untung RM350000]
- (jika anda tidak dapat memiliki syarikat2 besar ini anda masih berpeluang untuk mendapatkan syarikat kedua yang paling untung seperti Pro Office Solutions, kos RM200000, untung RM300,000)
- jalankan operasi bergantung kepada kemampuan syarikat
- [kos operasi andalah antara RM1000 ke RM200,000]
- (jika saya berhasrat untuk menukar syarikat, saya tidak akan menjalankan sebarang operasi)
- perhatikan masa!
- [permainan ini boleh dimainkan seberapa lama yang anda mahu, tetapi peraturan rasmi menyatakan masa permainan ialah 2jam. tentukan strategi anda berdasarkan masa]
- menuju ke laluan jihad
- [anda boleh menuju ke laluan jihad setelah berjaya mengumpul wang dan aset RM1 juta. anda akan diberi bonus 2 kali ganda nilai aset semasa jika menaiki laluan jihad bisnes]
di laluan Jihad Bisnes
- laburkan wang
- [apabila anda berhenti dipetak pelaburan, laburkan sahaja wang anda]
- laburkan wang di syarikat yang lebih banyak memberi pulangan [dengan modal rm1juta, ayamas memberi pulangan sebanyak rm150000 bersamaan 15% keuntungan, manakala dengan modal RM2juta, pizza hut memberi pulangan RM400,000, bersamaan 20% keuntungan]
- (jika anda sudah melabur disyarikat kecil, ambil semula pelaburan anda dan laburkan disyarikat yang lebih banyak pulangannya)
- tips aku ini adalah kaedah untuk mendapatkan nilai aset tertinggi. strategi boleh berubah bergantung kepada keadaan semasa kewangan anda. nilai aset tertinggi yang biasanya dikumpul sepanjang permainan dalam tempoh masa 2 jam rata-rata antara RM4juta hingga RM8juta
Cara dan skill main Catur Bistari yang paling penting ialah korang kena biasakan bermain Catur Bistari ni setiap hari. Kalau tak pun, seminggu tiga kali pun dah cukup. Apa yang penting ketika bermain korang kena lah sedaya upaya cuba untuk memahami selok belok permainan ini.
Selepas itu baru lah korang nampak bagaimana caranya untuk mengaut keuntungan yang maksimum melalui permainan ini dan seterusnya menjadi Pemain Professional Catur Bistari. Hehehe, credit to team tunas bistari Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar.
p/s: sila baca feed back di bahagian komen juga ye, ada tips di situ
KEEP ON SMILING:)


6 comments
Post a Comment