Perempuan, rugi ke mempunyai rahim?

err,encik google yang bagi

Assalamualaikum semua, persoalan hari ni: Rugi ke mempunyai rahim wahai kaum hawa sekalian? Aku tertarik nak berkongsi dengan korang entri blogger fofular iaitu darxniq mengenai beruntungnya seorang wanita.. Entri yang dapat membuktikan betapa adil nya Allah S.W.T kepada semua..hayati

                                                                

1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan
dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid..

Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh
kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan
Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA........
                                                                 

Hmm..macam mana? menarik bukan...lelaki dan perempuan diciptakan untuk saling melengkapi. Kedua-dua nya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Sama ada kita sedar atau tidak, tiada beza nya antara lelaki dan perempuan pada pandangan Allah...apa yang diukur adalah ketaqwaan dan keimanan kita padanya. Jadi,banyak kan lah amalan tambahan pula dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ni...

sekian sahaja ceramah ringkas daripada Imam Muda Azrijohan...wassalam :D

KEEP ON SMILING:)


SILA KONGSIKAN

Azri Johan

Follow saya di sosial media berikut:
.
24 Feedback:

Post a Comment