Kenapa susah nak dapat Google Adsense?

on Sunday, August 07, 2011

Kenapa susah nak dapat Google Adsense? Mesti ramai yang tertanya-tanya soalan ni kan. Lebih lebih lagi bagi blogger yang menggunakan bahasa melayu dalam blognya macam blog aku ni. Dan biasanya blog yang berbahasa Melayu ni menggunakan Nuffnang sebagai penjana pendapatan sampingan mereka.





Walaupun ramai bloggers kat Malaysia ni tahu akan betapa kedekutnya Nuffnang ni, tapi mereka terpaksa juga menggunakan perkhidmatannya kerana kesukaran untuk memohon syarikat yang lebih pemurah dan baik hati seperti Google Adsense dan Innity. Selalunya siapa yang mendapat BE (buffered earnings) sahaja yang dapat kumpul earnings yang marvelousss!

Kalau sebelum ni aku dah cerita pasal Syarat-syarat ketat Innity, kali ni aku nak berkongsi sikit faktor utama blogger di negara Malaysia ini tidak layak menggunakan Google Adsense termasuk lah blog aku. 

Kenapa susah nak dapat Google Adsense?

JAWAPAN: Google Adsense memerlukan blog berbahasa Inggeris

Ni la dia sebab musabab paling utama tak banyak blog-blog kat Malaysia ni yang menggunakan Google Adsense walaupun ia nya lebih menguntungkan. Emmm,meh sini aku bagitau kenapa Google Adsense nak kan blog yang menggunakan bahasa Inggeris untuk beriklan...

1.Coverage blog bahasa Melayu hanya terhad kepada pengguna di Malaysia sahaja tetapi bagi blog berbahasa Inggeris, ianya lebih universal dan diterima masyarakat global

2.Pengiklan dalam bahasa Melayu tidak banyak seperti pengiklan Bahasa Inggeris

3.Sebahagian besar blog di Malaysia tidak menyediakan maklumat dan info yang berguna kerana lebih cenderung menceritakan kisah peribadi, gosip artis dan pelbagai hiburan dengan tujuan untuk bersantai dan merehatkan minda. Berbeza dengan pengguna Internet di negara luar yang mencari maklumat secara online.

4.Lagipun memang orang kita lebih sukakan entertainment daripada ilmu dalam ruang maya ni. Tak percaya? cuba tengok keyword paling TOP di Malaysia. Aku jamin mesti Facebook dan YouTube

5.Blog Bahasa Inggeris mampu menembusi sempadan negara lain dan meliputi serata dunia daripada utara, selatan, timur dan barat. Dan bahasa inggeris juga difahami 75% penduduk di dunia ini tak termasuk binatang ye, harap maklum...

Tu lah sedikit sebanyak alasan dan sebab Google Adsense ni nak sangat blog yang berbahasa Inggeris. Kalau tak, REJECT. Jawapan kepada persoalan korang mengenai kenapa susah nak dapat Google Adsense dah terjawab dan diperjelas dengan beberapa huraian pendek mengikut pemerhatian aku selama ni. Hope kalau korang nak apply,cubalah beralih menggunakan bahasa inggeris dahulu dan sediakan maklumat berguna terlebih dahulu sebelum memohom Google Adsense.

Setakat ni je dulu, nanti ada apa-apa info terbaru mengenai topik ni. Aku akan roger-roger kat korang semua. Jangan lupa untuk share entri ni dengan orang lain ya. Copy Paste pon boleh,aku tak kisah....bagila backlink sekali ye kalau baik hati. Hehehehe...saling tolong menolong di bulan mulia ni

Sekian terima kasih, teruskan berblogging secara berhemah oke !!

KEEP ON SMILING:)



Ranking: 5

7 comments

Post a Comment

 
© Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog