UNIVERSITI TEKNOLOGI PETROLEUM

on Friday, July 15, 2011

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETROLEUM


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Kali ni aku nak cerita pasal isu paling HOT kat kampus aku 2,3 hari ni. 

Sebenarnya ni bukan lah isu baru bagi kami, para UTPian tapi sejak akhir-akhir ni menjadi semakin panas dan sensasi. Kalah cerita pasal perhimpunan BERSIH aritu. 

Isu yang aku nak cerita kat sini adalah tentang pertukaran nama Universiti Teknologi PETRONAS kepada nama Universiti Teknologi PETROLEUM. haa,nampak tak beza kat situ. Daripada nama PETRONAS nak ditukar menjadi PETROLEUM


Beberapa hari lalu aku pernah baca blog senior kat UTP ni pasal pertukaran nama ni kat entri ini. Kat situ die ada cerita pasal dialog antara pelajar dengan speaker dalam sebuah ceramah tentang perkara ni. Dan ade juga sebut pasal sebab musabab pertukaran nama kampus ni di buat kelak.


Sebab yang dinyatakan kat situ ialah jika menggunakan nama PETRONAS, orang ramai akan menyangka bahawa semua pelajar yang menuntut di sini merupakan pelajar pelajar tajaan biasiswa PETRONAS tetapi hakikatnya bukan begitu. 

So,dengan pertukaran nama ni diharap dapat mengubah persepsi orang ramai terhadap pelajar dan UTP sendiri. tapi benarkah begitu? Sebab dalam kalangan pelajar,ramai yang cakap sebab nak ditukar nama ni adalah kerana PETRONAS sudah tidak mahu membiayai kos penyelenggaraan kampus ini.


Jujurnya,aku pon tak tahu reason yang sebenar-benarnya tapi kalau di ikut kan...betul lah apa yang speaker tu cakap pasal pelajar kat sini bukanlah semuanya ditaja oleh PETRONAS.

Mungkin dulu YA,semua pelajar di UTP ditaja sepenuhnya oleh PETRONAS..tapi sejak 2 atau 3 tahun lepas, PETRONAS telah menukar dasar penajaan mereka dan ini menyebabkan hanya segelintir sahaja pelajar UTP yang berada dibawah tajaan PETRONAS walaupun semua pelajar di sini mempunyai result SPM yang cemerlang dan layak menerima biasiswa tersebut.

Sekarang ni hanya waktu yang menentukan sama ada betul atau tidak berita tentang pertukaran nama kampus ni. Harap badan tertinggi Universiti dan PETRONAS dapat lah memikirkan semua aspek terutamanya penerimaan para pelajar sebelum mengambil keputusan ini. sekian, terima kasih

Insyallah,aku akan update lagi dari semasa ke semasa. kena kumpul maklumat banyak banyak dulu. hehehe, interview sikit kawan kawan,tanye pendapat diorang macam mana kan...so,tunggu ye.

Ape kate,kita tanya pendapat ADMIRAL HAFIZ pasal isu ni pulak...zaaaasssss!!

PEMINAT BERITA HARIAN?

update:
-respon Dr Faiz Khaleed-



KEEP ON SMILING:)




Ranking: 5

18 comments

Post a Comment

 
© Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog