Allah Perancang yang Terbaik

on Wednesday, June 01, 2011

God's plan is like a movie.
All the good and bad things
are arranged together
for the good ending

hye semua.assalamualaikum,korang ape khabar? emmm,aku rase macam dah lame sangat tak mengaktifkan diri dengan dunia blogging sekarang ni. kalau ade pon,cume join GA ngan entri auto-publish je.

okay,back to topic. sebenarnya aku sangat menghargai quote atas ni sebab "dia" datang di saat aku betul-betul memerlukan. dengar macam pelik kan...xpe,biar aku stori mori kat korang semua k.

Sebenarnya sejak seminggu dua yang lalu nie, aku kemurungan sikit. sebab ape? hmmm, aku rase tak perlu la aku nak cerita kan reasonnye secare detail but senang cerita sebab segala apa yang aku harapkan selama ni tak menjadi kenyataan. lebih kurang gitu laa sebabnye kot. paham kan?

then lepas tu,aku macam... entah laa.aku macam tak dapat menerima kenyataan dengan situasi yang berlaku. selalu sangat pikir pasal masalah ni sampai lah aku mencari siapa yang harus dipersalahkan. aku rasa macam dunia ni tidak adil.

tiba-tiba aku teringat kawan aku pernah cakap.. "kalau kita tidak suka sesuatu perkara,jangan marah dan kecewa kerana jika kita melakukan sedemikian,seolah-olah kita marah pada Allah kerana mengaturkan perjalanan hidup kita seperti itu". Nauzubillah...

lepas je teringat nasihat die,aku pon cuba la meluahkan apa yang aku rasa dan fikir kan melalui message kepada seorang sahabat aku. ya,dia tidak mengecewakan. macam-macam nasihat die bagi kat aku. pelbagai kisah tauladan die stori semata-mata nak mengubat kekecewaan aku.

aku mengaku memang agak sukar bagi aku untuk menghadapi situasi ini. lebih-lebih lagi apabila melihat orang lain seronok dan gembira dengan kejayaan mereka mencapai impian mereka.

then,sebelum aku melelapkan mata pada malam tersebut,aku dapat message daripada twitter sebab aku subscribe twitter on phone. aku pon bace lahh, pastu macam rase lain macam.. Subhanallah,adakah ini petunjuk yang diberikan oleh Nya kepada ku..

mungkin tweeples lain tak berape nak amik kisah pasal quote ni tapi bagi aku ia memberikan kesan yang mendalam,yang telah membuatkan aku membuang pemikiran negatif yang bersarang dalam kepale otak aku ni. sekarang ni,dah kurang sikit kott..

so,nasihat aku kepada korang dan diri aku sendiri, yakin lah bahawa ALLAH itu Maha Mengetahui, Dia tahu segala-galanya yang kita tidak tahu apatah lagi perkara yang kita tahu. dan Dia juga Maha Merancang.. tidak semestinya setiap apa yang kita mahukan itu baik untuk kita dan sebaliknya. redha lah dengan setiap takdir Nya kerana setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmahnya yang tersembunyi.

sekian,terima kasih..

KEEP ON SMILING:)



Ranking: 5

7 comments

Post a Comment

 
© Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog