Lawak Ke Der 2 - Harith Iskander Buat Aku Menangis

on Friday, March 29, 2013


Perghh tak tidur malam aku sebab excited gila nak tengok Lawak Ke Der 2 - komedi pentas yang dijadikan dalam bentuk filem. Ni semua gara-gara fenomena Lawak Ke Der sebelum ni.

Dalam Lawak Ke Der 2 ni pun masih lagi menampilkan Nabil sebagai pengacara program, diikuti oleh Kumpulan Jozan, Boboi dan Harith Iskander sebagai pelawak yang membuat persembahan di Istana Budaya.

Bagi aku, dalam Lawak Ke Der 2 ni kumpulan Boboi semakin hambar lawaknya. Rasanya mungkin sebab idea sudah habis kot, bukan senang nak buat orang terima lawak kita dan gelak seikhlas hati.

Apapun, pujian wajar diberikan kepada Jozan dan Harith Iskander. Masa tengok persembahan lawak Harith Iskander aku tak dapat menahan diri dari ketawa macam orang gila, sampai terkeluar air mata beb. Hahahaaa.. memang terbaik lah.

Bagi sesiapa yang masih belum tengok lagi Lawak Ke Der 2 ni, korang boleh tengok full movie ni melalui link yang aku bagi kat bawah ni.


Selamat menonton ya.. tolong ketawa dengan sopan :p



Tag : ,

Masalah Blog Tak Boleh Akses

on Thursday, March 28, 2013


Sudah hampir sebulan lamanya aku tak update blog walaupun sekarang ni tengah bercuti.

Tulah, kalau sebelum ni memang rancang nak update blog setiap hari ketika waktu cuti tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang dan selebihnya terletak bawah kuasa Nya untuk menentukan.

Walaupun tidak dikemaskini, aku masih lagi melawat blog www.azri.my ini terutamanya kalau ada komen-komen terbaru daripada para pembaca.

Tak sangka, entri terakhir mengenai Rahsia Cantik Selebriti Ternama mendapat sambutan meriah rakan blogger dan pembaca semua. Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi baca dan tinggalkan komen.

Tapi pagi ni, ada sedikit masalah timbul. Macam biasa, aku akan buka blog aku untuk melihat-lihat keadaan di sini, malangnya blog ini tidak dapat diakses seperti biasa.

Apa yang ada hanyalah robot Google yang menyatakan URL blog ini bermasalah pada DNS lah apa lah, lepas tu suruh setting macam-macam pulak pada browser.. Haishh memang pening kepala.

Sebab takde mood nak ikut semua yang diarahkan, aku pun cuba lah refresh page www.azri.my banyak-banyak kali.. mana tahu ada rezeki boleh akses balik kan.

Alhamdulillah dapat jugak aku akses selepas berpuluh-puluh kali refresh page ni. Rasanya ini alamat yang diberi untuk aku update blog kot, hehehe..



Tag :

Rahsia Cantik Selebriti Ternama Dengan Produk Aura White Beauty

on Wednesday, March 06, 2013



Selebriti ternama, Hanez Suraya mendedahkan rahsia kecantikan beliau adalah dengan cara mengamalkan Produk Aura White Beauty Pure Glutathione Collagen 400000mg setiap hari.

Kelebihan Aura White Beauty?

Aura White Beauty adalah produk minuman yang dapat memperbaiki taraf kesihatan dan mengekalkan kecantikan. Ia merupakan  produk pertama di Malaysia yang mengabungkan 3 stem sel dari buah-buahan tomato, epal dan roselle bersama L-Glutathione dan tilapia kolagen.

Tubuh badan yang kekurangan kolagen boleh mudah berasa letih dan lesu. Ianya juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan kulit berjeragat, jerawat, kering dan kusam.

Kolagen adalah penting untuk menjaga kecantikkan dalaman dan luaran supaya badan kita sentiasa segar dan sihat. Disamping itu ia bertindak 3 kali ganda sel mencerahkan kulit dan membaiki struktur sel kulit yang rosak supaya terjaga, licin, putih dan gebu.

Aura White Beauty juga mampu untuk melawan sakit sendi, osteoporosis dan pemulihan daripada kesan parut akibat kecederaan.

Pengguna produk kesihatan Aura White Beauty bersetuju bahawa produk ini dapat membantu mereka menggelakkan masalah rambut gugur, kering dan berminyak. Malahan produk ini juga menjadikan rambut semakin lebat, tebal dan kuku menjadi lebih kuat dan sihat.

Cara Pengambilan Aura White Beauty

Produk Aura White Beauty boleh diambil dengan beberapa langkah mudah dan menjimatkan masa. Ianya boleh diambil di mana sahaja, mengikut masa yang ditetapkan.

Gambar di bawah menunjukkan cara pengambilan produk Aura White Beauty yang lengkap dan betul. Ikut panduan yang ditunjukkan dan dalam masa beberapa hari tubuh badan akan dapat merasai kesannya.



1) Masukkan 2 scoop ke dalam shaker dan goncang.

2) Bancuh menggunakan air mineral /air bersih biasa.. Tidak digalakkan menggunakan air panas kerana dikhuatiri zat-zat aktif akan mati dan hilang

3) Jauhi minum / makan dari sumber yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan sebagainya kerana kajian menunjukkan kafein mampu menghilangkan zat aktif dan tidak baik untuk kecantikan kulit.

4) WAJIB minum air masak / mineral /air bersih sekurang-kurangnya 3-5 liter sehari untuk kadar serapan yang cepat dan kesan yang pantas. 

5) Cara yang paling sesuai untuk pengambilan AURA WHITE BEAUTY adalah semasa perut kosong. Di sarankan ambil pada waktu pagi (2 jam sebelum sarapan pagi) dan malam sebelum tidur (2 jam selepas makan malam)


Bagaimana cara membeli Produk Aura White Beauty?

Kepada sesiapa yang mahu memperbaiki taraf kesihatan dan tampil lebih cantik seperti golongan selebriti, anda semestinya mahu mencuba sendiri produk Aura White Beauty ini dan rasakan sendiri kesannya.

Produk ini boleh dibeli dengan cara berikut:


Berita baik buat semua, produk Aura White Beauty ini juga boleh digunakan oleh semua orang, tidak kira jantina mereka. Lelaki dan perempuan masing-masing mempunyai hak untuk tambil lebih sihat dan cantik. Cewahh :p


Jana pendapatan dengan Produk Aura White Beauty

Selain menaik taraf kesihatan dan kecantikan para pengguna, produk Aura White Beauty juga dapat menjadi sumber pendapatan sampingan bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar ataupun agen rasmi produk ini.

Produk Aura White Beauty mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai dan ini membuatkan lebih ramai pengedar diperlukan oleh mereka.

Anda boleh mendaftar sebagai agen rasmi ataupun agen dropship dengan mendaftar di LAMAN WEB RASMI mereka. Di sana nanti akan diterangkan dengan lebih lanjut dan terperinci. Sebarang persoalan juga boleh diajukan melalui pautan email yang diberikan di situ.


Tag : , ,

Kupon Diskaun Pizza Hut

on Monday, March 04, 2013

Kupon Diskaun Pizza Hut Bulan Mac 2013


Terjumpa Kupon Diskaun Pizza Hut ni di Timeline Facebook pagi tadi. Mula-mula macam tak ambik kisah sebab tak bercadang pun nak makan Pizza Hut semasa cuti ni.

Kemudian dah petang sikit, tergerak hati nak kongsikan kupon diskaun pizza hut ni dengan rakan-rakan blogger serta pengunjung blog aku ni.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan harga diskaun ini, boleh lah print kupon ni sama ada berwarna ataupun hitam putih dan tebus di restoran pizza hut berdekatan.

**3 Regular pizzas + 4 soups = RM38**
Untuk gambar penuh: (KLIK SINI + PRINT)


Penafian: aku tidak dibayar oleh mana-mana pihak untuk menulis perkongsian ini. Sekian harap maklum dan makanlah pizza dengan sopan santun ok ;)


Tag : ,

MYHEPPI SOSIAL NETWORK ORANG ISLAM?

on Wednesday, February 20, 2013


MYHEPPI KLON FACEBOOK KE?

Assalamualaikum. Pernah dengar pasal MyHeppi tak? Sebuah sosial network yang dibuat oleh rakyat Malaysia sendiri.

Melalui hebahan yang dibuat di Facebook, laman sosial MyHeppi ni dibangunkan oleh orang Islam. Tapi  tujuan sosial network ni aku tak pasti pulak sama ada untuk tujuan dakwah ataupun sebaliknya.

Yang penting aku tak join lagi MyHeppi ni, sebabnya sudah banyak sosial network yang aku register. Dah cukup rasanya masa yang dibazirkan kat laman web seperti ni. Takkan nak bazir lebih banyak lagi, masa tu kan emas. Betul tak?

So kepada sesiapa yang dah join tu, meh le bagi review sikit. Aku nak jugak tahu apa yang best sangat dengan laman sosial ni. Apa beza MyHeppi dengan Facebook, Twitter, Blog semua tu.

Rasanya dah banyak juga laman web baru yang wujud berkonsepkan sosial network sekarang ni. Malangnya semuanya cuma tiru sebijik macam Facebook, kalau ada pun perbezaan yang sangat kecil.


p/s: siapa yang dah register? ce komen sikit..


Tag :

Komisyen Daripada Insentif Denaihati

on Saturday, February 16, 2013

Komisyen Daripada Insentif Denaihati


Ni cerita lama, awal bulan Feb punya cerita tak sempat nak kongsi dengan korang.

Mesti ramai tahu mengenai Insentif Tunai Denaihati yang mana akan memberikan ganjaran dalam bentuk wang tunai kepada setiap blog yang menyumbangkan trafik kepada blog Denaihati.

Setiap satu trafik yang disumbangkan bernilai RM0.02.

Alhamdulillah, hanya dengan meletakkan banner blog Denaihati dalam blog aku ni, aku berjaya mendapat RM200 lebih daripada program ni.

Memang berbaloi, pasang banner blog Denaihati hanya sekadar untuk hiasan blog dan alhamdulillah dibalas dengan baik oleh pihak Denaihati Network.

Apa yang paling best ialah Denaihati satu-satunya blog yang menawarkan insentif seperti ini dengan JUJUR dan AMANAH. Blog lain ada juga nak cuba-cuba buat seperti ini tapi memang mengecewakan.

Oh biarkan, kalau korang pernah cuba join sekali mungkin korang kenal blog mana yang aku maksudkan. Kehkeh..

Ternyata, dunia blog ni sangat luas. So memang kena lebih berhati-hati dan berwaspada. Tak semua orang dalam dunia maya ni boleh dipercayai. Ramai yang suka mengambil kesempatan yang buruk.

Konklusinya, kalau korang berminat nak menjana pendapatan melalui blogging.. korang kena pandai memilih. Tak semestinya blogger saja, ada juga company besar-besar yang menipu.

Selidik dulu sebelum bertindak, kalau ada keraguan boleh tanya kepada yang lebih tahu dan kalau masih tak jelas lagi lebih baik tinggalkan je terus, itu yang terbaik.

Sekian terima kasih.

Tag : ,

Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards 2013

on Saturday, February 09, 2013

Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards 2013 kembali lagi!


Sedikit info mengenai Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards 2013 ni: -

Blogging about our most familiar sports, journalism, engineering or entertainment idols! What about the tourism industry? Yes! We’ve explored places; taken out those humongous DSLR’s and sleek tablets to snap some of the most breathtaking pictures and moments, blogging full blast and the story goes on. But wait… Who are the bloggers turning those wheels and making a difference in the tourism industry? Have we recognized them or at least expressed gratitude for their achievements?  Thus, 2013 is yet another year geared up to crown the Malaysia International Tourism Bloggers.

Since the debut of the Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards in 2012 which rewarded some of the world’s most accomplished Travel-Social Media Bloggers, MITBCA 2013 is set to spin this year’s event with a more exciting approach, leaving others to admire and emulate upon.

Malaysia has set its pace to be on the forefront of reach into social media. Undeniably, there is a definitive difference between monitoring our brand in social media and using traditional methodologies in reaching out to build on tourism numbers. Travel is certainly a very hot topic across all social media channels and is one of the Top Three online topics of discussion and engagement. It surely encourages new network build up, new clientele bases and new innovative ideas being put across.

Such rapid movement of social media in travel and leisure industry was the basis of the conceptualization of the Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards 2013 (MITBCA2013), organized by the Ministry of Tourism, Malaysia. The Awards aim to encourage the tourism bloggers across the globe for extensively promoting Tourism in Malaysia. After the nominations, voting and campaigning processes, the finale would be in Kuala Lumpur on 5th - 6th March 2013 and the nation will honour the best of the best in social media tourism. 

So ada apa dengan Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards 2013 (MITBCA) ni?

Kerana termakan hasutan selepas membaca entri di Blog Azman Ishak, aku pun dengan selamba register dengan MITBCA dan mencalon kan blog aku sendiri dalam kategori "Tourism Lifestyle Blog".

So aku nak minta jasa baik rakan-rakan blogger dan para pembaca blog aku ni untuk menyumbangkan satu undian setiap seorang untuk blog www.azri.my ni. Boleh tak?

"Saya nak vote blog azri.my, tapi macam mana caranya?"

Alhamdulillah, terima kasih sebab sudi vote blog ini. So meh sini aku tunjukkan langkah-langkah mudah untuk vote blog aku dalam MITBCA ni.

LANGKAH UNTUK MENGUNDI AZRI.MY DI MITBCA 2013


1) Pergi ke laman web MITBCA 2013 (klik)

2) Kemudian pastikan korang register terlebih dahulu. Kalau nak mudah dan pantas, login sahaja menggunakan akaun Facebook korang. Simple!



3) Korang akan nampak paparan seperti ini, dan boleh klik VOTE pada http://www.azri.my ya. Hehe..


Oh ya, mari juga vote untuk blog http://azmanishak.com yang tercalon dalam kategori Tourism Photography/Art Blog.



(UNDIAN DIBUKA SEHINGGA 22 FEB 2013)

Terima kasih kepada yang sudi vote blog aku dalam pertandingan ni. Aku sebenarnya memang tak nak join tapi disebabkan semangat yang diserap semasa Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 pada bulan lepas, aku percaya rakan-rakan blogger dalam komuniti Denaihati Network akan bersama-sama untuk menyokong aku


Tag :

Cendol - Makan Atau Minum?

on Thursday, February 07, 2013


KELIRU. Semalam Fatin Liyana call aku dan dia ajak aku teman dia pergi Banting. Dia cakap ada hal nak bincang dengan owner Denaihati Network. Bila aku tanya pasal apa dia tak nak bagitau, rahsia sulit kerajaan katanya.

Sebelum perbualan telefon antara aku dan dia ditamatkan, aku sempat berpesan kat dia supaya nanti pakai pakaian yang mengancam sikit sebab aku nak bawa dia berjalan ke satu tempat yang best kat Banting tu.

"I tau, mesti you nak bawak i pergi makan cendol kannn..."

Haha, pandai dia meneka. Ternyata kaum perempuan memang tidak pandai meneka dengan tepat seperti kaum adam. Aku sebenarnya nak ajak dia pergi jumpa dengan Titan masa tu nanti tapi malas nak bagitau, lambat laun dia tahu jugak.

Perbualan ditamatkan. Aku tengok skrin Samsung Galaxy S3 aku "perghh padan lah rasa panas je telinga aku.." Sedar tak sedar sudah 1 jam lebih kami berdua bermesra di atas talian. Rasa macam baru 30 saat je, indah dan bahagia sungguh rasa hati ini.

Aku menepuk bantal dan meletakkan kepala untuk menyambung kembali tidurku yang terganggu kerana call daripada buah hati tu tadi...

Tiba-tiba, aku terfikir semula apa yang dicakapkan oleh FL itu tadi.. "makan cendol" Hmmm cendol ni sebenarnya kita makan atau minum? Aishh pening betul.. keliru beb.

Tak jadi nak sambung tidur, aku bangkit dan terus menekan papan kekunci komputer di atas meja. Aku mencari maklumat mengenai cendol di internet, senang je nak cari sebab sekarang kan dah ada Google, tak macam dulu lagi dah..

Yess, tak sia-sia aku bersengkang mata semata-mata untuk menyelesaikan persoalan yang timbul pasal cendol ni. Hehe.. tapi aku taknak bagitau apa hasil pencarian aku tu kat sini, sebab nya aku nak buat suspen sikit.

Aku akan postkan mengenainya dalam entri blog ni yang akan datang. So stay tuned.. sebelum tu boleh tak kalau aku nak tanya pendapat korang sikit?

Bagi korang lah kan, cendol ni sebenarnya untuk dimakan ataupun diminum?

And kalau tak keberatan, berilah sebab yang munasabah untuk menyokong pilihan jawapan korang tu. Kot-kot lah ada yang tak bersetuju, boleh kita berdebat sikit.

Aku nak tengok apa pandangan korang ye, hehehe..

Tag : ,
 
© Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog